Related Posts with Thumbnails

Klik untuk ke blog Surau Bandar Pulai Jaya

Jom kayuh...

Wednesday, March 16, 2011

Sihat ? Sukan ? Kayuh ? Badminton ? Pingpong ? Futsal ?

Walau apa sahaja bentuk perkataannya, tujuannya tetap sama, beriadah sambil mengeratkan silaturrahim.

2011 membawa pelbagai aspirasi dan misi yang perlu dipenuhi. Sedari Isnin hingga Jumaat, membawa Sabtu dan Ahad, kesibukan menjadi agenda yang tak lekang dari tuntutan diri seorang manusia yang berkerjaya ataupun tidak. Juga tidak lenyap dari ruang legar fikiran seorang manusia untuk menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah penyakit yang tak diundang, maka segala aktiviti di atas pasti dan tentunya mendorong ke arah kehidupan yang semakin sihat dan semakin bererti.

Jelas di ruang ingatan saya bagaimana seorang rakan kayuhan basikal menyatakan bahawa aktiviti inilah yang berjaya mengubah cara dan kualiti hidup beliau. Dari menjadi seorang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, kini beliau telah berjaya menjarakkan diri dari dihuni oleh penyakit-penyakit tersebut.

Lantas, sebagai seorang manusia yang pastinya tidak dapat menentukan apa yang bakal berlaku, coretan ini diharap dapat menyumbang kepada keinginan setiap insan untuk sama-sama menjana kehidupan yang lebih sempurna.

Dimanakah basikal kita ???









Read more...

PEACE RIDE JAMBOREE GOPENG 2010

Monday, October 4, 2010

DETAILS OF THE EVENT
Date : 27th & 28th November 2010
Time : 12 pm on 27th Nov 2010 until 5.00 pm on 28st Nov 2010
Venue : Gua Tempurung, Perak (start and finish here)
Distance : 50 kilometres
Registration closing date : 20 November 2010
Entry Fee : RM 50 for early birds
RM 65 for day onwards
Contact Person : Mohd Hasrol bin Kamis @
Mahmad (014- 9326399)

WHAT WILL YOU GET?
* Event T- shirt
* Meals ( breakfast & lunch)
* Water station during the ride
* Certificate
* Finisher medal
* Goodies bag
* Free campsite provided by RADAK ADVENTURE CONSULTANT, please bring your tent...

Read more...

New Engine

Friday, September 3, 2010


Anybody dare to follow ??

Read more...

::: Kayuhan amal ke Rumah Anak anak Yatim Darul Hikmah Gopeng::::

Saturday, August 14, 2010

Assalamualaikum.. Aktiviti terakhir BPJ bikers sebelum Ramadhan, seramai 13 orang ahli ahli BPJ Biker bersama sama menjayakan program ini. Agenda utama program ini adalah mengutip sumbangan daripada ahli utk diberikan kpd Rumah Anak Yatim tersebut selain dari aktiviti utama 'Makan Durian'......


































Dah pueh makan durian.... sejukkan badan di Sungan Jahanggg.. Utk pengetahuan semua program ini akan dijadikan program tahunan BPJ Bikers.......





Read more...

Thursday, July 29, 2010


Alhamdulillah dengan izinNya maka hari ini kita dapat menerbitkan satu artikal khas “BPJ Bikers” sebagai kenang-kenangan untuk sama-sama kita mengamatinya ketika mana terkenang masa-masa lalu, zaman-zaman yang telah kita tempohi bersama hingga ke hari ini.


1. Sejarah awal BPJ Bikers

Pada awalnya aktiviti ini bermula dengan Ustaz Shamsul yang mana beliau berkayuh sendirian pada hujung minggu disekitar kawasan berhampiran Bandar Pulai Jaya. Beliau menggunakan basikal yang dibeli dengan harga yang istimewa daripada jirannya iaitu saudara Fadzli.

Selang beberapa ketika beliau ditemani oleh saudara Fadzli yang bertugas di TUDM tetapi ianya tidak bertahan lama oleh kerana masa lapang yang berbeza. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat Ustaz Shamsul untuk terus berjuang walaupun bersendirian. Baginya inilah aktiviti yang mampu dilakukan beliau walaupun ada golongan lain yang ketika ini sedang memukul bola golf dipadang yang cantik.

Dengan takdir Allah maka suatu hari ketika berbual-bual kosong tentang aktiviti beliau dimasa lapang maka ada diantara jemaah yang berminat untuk menceburi aktiviti ini. Oleh kerana aktiviti ini cukup menarik dan bersesuian maka secara tidak langsung ianya bertambah seorang demi seorang mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah basikal dengan nilai yang berpatutan untuk aktiviti riadah atau senaman ringan. Maka berkayuhlah Ustaz Shamsul dalam kumpulan yang ramai.

Tetapi setelah dikejar kerbau dan anjing maka basikal yang sedia ada ternyata tidak mampu untuk menghadapi keadaan.Setelah dicabar sedemikian rupa maka bermulalah era baru iaitu bertukar kepada “Basikal Berkuasa Tinggi”

Seorang demi seorang ahli bergadai tanah, tidak bayar yuran sekolah, kurangkan belanja dapur dan ada diantara ahli telah menjual dan berhutang untuk mendapatkan basikal berkuasa tinggi. Tetapi Ustaz Shamsul tetap dengan basikal asalnya tanpa mengubah suai kecuali “handel”nya ajer ditukar.

Walaupun aktiviti kayuhan ini berisiko tinggi serta memerlukan tenaga dan keupayaan yang mantap ianya tidak menghalang daripada diceburi oleh golongan orang lamey dan kerjaya yang berbeza.

Atas inisiatif Ustaz Zainuddin dan rakan-rakan jurugambar maka aktiviti ini telah dibawa masuk ke dunia moden, globalisasi, alaf baru tanpa sempadan dan diberi nama BPJ Bikers

Setelah ahli bertambah ramai dengan gaya eksesori yang lengkap,memiliki basikal berkuasa tinggi dengan nilai yang cukup hebat,berbagai jenama serta system yang canggih, warna yang menarik maka jarak kayuhan ditingkatkan hingga menjelajah ke beberapa daerah,bukit,lombong,hutan dan akhirnya memberanikan diri untuk ke peringkat pertandingan iaitu Jambore Seri Iskandar. Disinilah tahap kemampuan diri diuji.

Hari ini BPJ Bikers dari Bandar Pulai Jaya telah dikenali diseluruh dunia melalui laman Web iaitu http://bpjbikers.blogspot.com

Read more...

Kayuhan Amal ke Asrama Anak-Anak Yatim Darul Hikmah,Gopeng

Tuesday, July 27, 2010

Salam,

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :
“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat baik kepadanya. Seburuk-buruk rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat jahat kepadanya.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Oleh itu satu Programe Khas bersama anak-Anak Yatim Darul Hikmah, Gopeng akan diadakan pada :-

Tarikh : 1hb Ogos 2010
Hari : Ahad
Berlepas : 7.45 pagi



Semua peserta diminta tidak menguzurkan diri bagi meraikan programe khas ini "Bersama Anak-Anak Yatim" Darul Hikmah,Gopeng

Read more...

Friday, July 16, 2010


kayuhan 11/7/2010

Read more...

  © Blog Designer

Back to TOP