Related Posts with Thumbnails

Klik untuk ke blog Surau Bandar Pulai Jaya

Tentang BPJ Bikers

Monday, July 15, 2013


Alhamdulillah dengan izinNya maka hari ini kita dapat menerbitkan satu artikal khas “BPJ Bikers” sebagai kenang-kenangan untuk sama-sama kita mengamatinya ketika mana terkenang masa-masa lalu, zaman-zaman yang telah kita tempohi bersama hingga ke hari ini.


1. Sejarah awal BPJ Bikers

Pada awalnya aktiviti ini bermula dengan Ustaz Shamsul yang mana beliau berkayuh sendirian pada hujung minggu disekitar kawasan berhampiran Bandar Pulai Jaya. Beliau menggunakan basikal yang dibeli dengan harga yang istimewa daripada jirannya iaitu saudara Fadzli.

Selang beberapa ketika beliau ditemani oleh saudara Fadzli yang bertugas di TUDM tetapi ianya tidak bertahan lama oleh kerana masa lapang yang berbeza. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat Ustaz Shamsul untuk terus berjuang walaupun bersendirian. Baginya inilah aktiviti yang mampu dilakukan beliau walaupun ada golongan lain yang ketika ini sedang memukul bola golf dipadang yang cantik.

Dengan takdir Allah maka suatu hari ketika berbual-bual kosong tentang aktiviti beliau dimasa lapang maka ada diantara jemaah yang berminat untuk menceburi aktiviti ini. Oleh kerana aktiviti ini cukup menarik dan bersesuian maka secara tidak langsung ianya bertambah seorang demi seorang mengumpul wang untuk mendapatkan sebuah basikal dengan nilai yang berpatutan untuk aktiviti riadah atau senaman ringan. Maka berkayuhlah Ustaz Shamsul dalam kumpulan yang ramai.

Tetapi setelah dikejar kerbau dan anjing maka basikal yang sedia ada ternyata tidak mampu untuk menghadapi keadaan.Setelah dicabar sedemikian rupa maka bermulalah era baru iaitu bertukar kepada “Basikal Berkuasa Tinggi”

Seorang demi seorang ahli bergadai tanah, tidak bayar yuran sekolah, kurangkan belanja dapur dan ada diantara ahli telah menjual dan berhutang untuk mendapatkan basikal berkuasa tinggi. Tetapi Ustaz Shamsul tetap dengan basikal asalnya tanpa mengubah suai kecuali “handel”nya ajer ditukar.

Walaupun aktiviti kayuhan ini berisiko tinggi serta memerlukan tenaga dan keupayaan yang mantap ianya tidak menghalang daripada diceburi oleh golongan orang lamey dan kerjaya yang berbeza.

Atas inisiatif Ustaz Deen dan rakan-rakan jurugambar maka aktiviti ini telah dibawa masuk ke dunia moden, globalisasi, alaf baru tanpa sempadan dan diberi nama BPJ Bikers

Setelah ahli bertambah ramai dengan gaya eksesori yang lengkap,memiliki basikal berkuasa tinggi dengan nilai yang cukup hebat,berbagai jenama serta system yang canggih, warna yang menarik maka jarak kayuhan ditingkatkan hingga menjelajah ke beberapa daerah,bukit,lombong,hutan dan akhirnya memberanikan diri untuk ke peringkat pertandingan iaitu Jambore Seri Iskandar. Disinilah tahap kemampuan diri diuji.

Hari ini BPJ Bikers dari Bandar Pulai Jaya telah dikenali diseluruh dunia melalui laman Web iaitu http://bpjbikers.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blog Designer

Back to TOP