Related Posts with Thumbnails

Klik untuk ke blog Surau Bandar Pulai Jaya

Mengapa aku berbasikal ??

Tuesday, November 24, 2009

1. Kos

Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit. Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah, membeli pakaian yang mahal-mahal misalnya, padahal yang dah ada pun jarang dipakai, atau hanya dipakai sekali dan terus diperam di dalam almari…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM200-RM300 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).

2. Kemahiran

Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.

3. Kesihatan

Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-

- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain

Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama seperti di atas.

*Credit to Haidil Mustafa MD a.k.a Aidil Mustafa MD, from Kuala Lumpur for this article.

0 comments:

Post a Comment

  © Blog Designer

Back to TOP