Related Posts with Thumbnails

Klik untuk ke blog Surau Bandar Pulai Jaya

Jom kayuh...

Wednesday, March 16, 2011

Sihat ? Sukan ? Kayuh ? Badminton ? Pingpong ? Futsal ?

Walau apa sahaja bentuk perkataannya, tujuannya tetap sama, beriadah sambil mengeratkan silaturrahim.

2011 membawa pelbagai aspirasi dan misi yang perlu dipenuhi. Sedari Isnin hingga Jumaat, membawa Sabtu dan Ahad, kesibukan menjadi agenda yang tak lekang dari tuntutan diri seorang manusia yang berkerjaya ataupun tidak. Juga tidak lenyap dari ruang legar fikiran seorang manusia untuk menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah penyakit yang tak diundang, maka segala aktiviti di atas pasti dan tentunya mendorong ke arah kehidupan yang semakin sihat dan semakin bererti.

Jelas di ruang ingatan saya bagaimana seorang rakan kayuhan basikal menyatakan bahawa aktiviti inilah yang berjaya mengubah cara dan kualiti hidup beliau. Dari menjadi seorang penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, kini beliau telah berjaya menjarakkan diri dari dihuni oleh penyakit-penyakit tersebut.

Lantas, sebagai seorang manusia yang pastinya tidak dapat menentukan apa yang bakal berlaku, coretan ini diharap dapat menyumbang kepada keinginan setiap insan untuk sama-sama menjana kehidupan yang lebih sempurna.

Dimanakah basikal kita ???









Read more...

  © Blog Designer

Back to TOP